Saturday, June 18, 2011

Usahawan baru Dalam Perubatan Alternatif



Usahawan Baru dalam
Dunia Perubatan

Oleh : Lord Prof Dr Nik Omar
Pakar Homeopati Malaysia


Pengalaman merupakan sesuatu yang berhargaa kepada individu sebelum mereka menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan pengalaman sedikit sebanyak membantu seseorang itu mengendalikan perniagaan dengan lebih berkesan lagi. Seruan kerajaan supaya lebih ramai bumiputera tampil ke depan dalam perniagaan merupakan satu kesinambungan usaha generasi terdahulu.

Dalam mencapai usha tersebut dua buah pusat pengajian tinggi perubatan alternatif telah ditubuhkan di Malaysia iaitu Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur,
Yang beroperasi di Kota Bharu , Kelantan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1979 lebih dari 2000 orang graduan dalam jurusan homeopati dan akupunktur telah dapat dilahirkan dan kini sebahagian daripada mereka ini telah berjaya membuka kelinik masing-masing diseluruh Malaysia, termasuk Sabah, Serawak, Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Malah ada dikalangan graduan dari Instituti ini telah boleh dianggap sebagai usahawan yang berjaya dengan memiliki gedung-gedung ubat atau kilang-kilang yang bermutu tinggi.

Keyakinan terhadap kualiti kursus yang ditawarkan dan peluang menlanjutkan pengajian ke IPT awam dan swasta diluar negara melalui program berkembar telah mendorong pelajar-pelajar tersebut menceburi dalam kedua bidang perubatan alternatif di koleh ini, yang merupakan satu-satunya kolej perubatan komplemtari yang menjalankan program berkembar dengan Universiti Terbuka Antarabangsa, Sri Lanka.

Lebih dario 20 orang bekas pelajar-pelajar di kolej ini telah pun diterima melanjutkan pengajian masing-masing Universiti-Universiti luar negara seperti di England, Italy, Germany, India, Pakistan, Sri lanka, China dan lain-lain.

Bekas pelajar Homeopati di Fakulti Homeopathy Malaysia, Kota Bharu, Mohd Nasir Mohd Zain 35 tahun yang telah menamatkan pengajian peringkat Kedoktoran Homeopathy., M.D.Hom menyifatkan kualiti kolej Homeopati di Malaysia jauh lebih baik dari kolej-kolej yang terdapat di India atau Pakistan.
Seorang lagi bekas pelajar di Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia pula, Dr Hajjah Faridah bt A Hamat telah berjaya membuat kursus lanjutan didalam jurusan perubatan akupunktur di Negeri China. Beliau berpendapat bahawa mutu pelajarab di Institut kita disini amat mudah difahami dan sistamatik berbanding dengan pengajian yang diajar di Negeri China, dimana kebanyakan kuliah terpaksa dihadapi dalam bahasa China.

" Sebenarnya orang-orang muda yang berminat terhadap sistem perubatan alternatif, senarusnya berusaha merebut peluang yang sedang dibuka sekarang, untuk memasuki kursus-kursus yang dianjurkan oleh kolej kami. Buat masa ini tidak ramai ibu yang yakin keupayaan perubatan altenatif berkembang maju di Malaysia, khususnya dalam jurusan perubatan homeopati atau perubatan akupunktur China. Tetapi trend masyarakat hari ini telah berubah dimana orang ramai kini lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan holistik atau alterntif terlebih dahulu sebelum mereka menemui pengamala perubatan barat.", demekian tegas H/Dr Hajjah Zaharah Loman, setiausaha Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, Kota Bharu.

Dalam dilema perubatan moden hari ini dimana banyak penyakit-penyakit tidak dapat disembuhkan atau terdapat sejumlah besar penyakit-penyakit sudah tidak memberi apa-apa respon pada dadah atau antibiotik yang diberikan, maka pesakit-pesakit tidak ada pilihan lain melainkan mencuba perubatan holistik yang semakin mendapat tempat dinegara-negara Barat.
Contohnya penyakit barah, SLE, Leukemia, Hepatitis, kencing manis , darah tinggi, penyakit buah pinggang, strok dan sebagainya kini semakin kebal dan tidak memberi apa-apa kesan kepada sebarang ubat-ubat antiobitik yang diberikan. Pesakit menjadi dilema menanti saat kematian tanpa apa-apa jaminan penyembuhan.
Oleh itu tidak ada jalan lain yang harus ditempuh oleh pesakit-pesakit melainkan harus mencuba perubatan secara holistik atau komplementari, sama ada melalui rawatan homeopati, akupunktur China, reflexologi, aromatherapi, naturopathy, herbalism dan sebagainya.
Bagi pengamal-pengamal perubatan Barat, mereka beranggapan perubatan cara ini tidak berasas dan tidak berupaya memberi sebarang penyembuhan kepada pesakit. Tetapi bagi pengamal-pengamal perubatan cara alternatif ini begitu yakin mereka berupaya memberi penyembuhan kepada pesakit melalui cara rawatan mereka, malah setidak-tidaknya mereka dapat menaruh sedikit harapan untuk hidup, walaupun tidak sembuh sepenuhnya.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun ialah - sistem perubatan alternatif seperti homeopati, akupunktur dan hebalism semakin mendapat tempat dihati masyarakat didunia dan lebih dari separuh penduduk Amerika Syarikat, menggunakan perkhidmatan perubatan alternatif daripada perubatan Barat yang semakin terpinggir. Ini membuktikan bahawa perubatan alternatif sememangnya mempunyai asas penyembuhan yang kukuh.
Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Dr George Vitulakis dari USA menyatakan," Bahawa sistem perubatan homeopati dan perubatan alternatif lainnya merupakan masa depan perubatan bagi mansuia sejagat bagi abad akan datang.' Dalam satu lagi buku akupunktur China, menyatakan bahawa' The Old Wisdom of medicine has come back to be adopted by the new people of this millenium'

Oleh itu kami dengan ini membuka seluas-luas harapan kepada jjenersai baru supaya merebut peluang yang ditawarkan oleh Instituti kami untuk mengikuti salah satu dari dua jurusan yang kami tawarkan iaitu Pengajian Perubatan Homeopati atau Pengajian Perubatan Akupunktur China. Talian hotline kami ialah: 03 4042 2020

No comments: