Saturday, June 18, 2011

Hepatitis Boleh Di Rawat

HEPATITIS
BOLEH DI SEMBUHKAN

Oleh: Prof Dr Nik Omar
Pakar Perubatan Homeopati


Jika anda seorang pengidap Hepatitis. Anda tidak perlu risau atau takut kerana penyakit hepatitis jika dikesan diperingkat awal, ia boleh disembuhkan melalui ubat-ubat homeopati. Memang di akui bahawa Hepatitis, ada satu penyakit seperti 'time bomb', dimana ia boleh meletup bila-bila masa. Betul, itu sekiranya seseorang pesakit tidak berikhtiar untuk mengubatinya atau kadang-kadang pesakit itu sendiri tidak tahu bahawa penyakit ini adalah satu penyakit bahaya yang boleh membawa maut. Tetapi jika anda berikhtiar untuk mengubatinya diperingkat awal lagi, penyakit ini dapat disembuhkan dengan sempurna.

Tanda-tanda awal penyakit Hepatitis ialah; biji mata bahagian puteh menjadi kuning, bibir, tapak tangan, air kencing anda kelihatan kekuning-kuningan. Badan menjadi letih dan lesu disertai dengan demam yang berterusan, Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat, apakah anda seorang pengidap ‘Demam Kuning’ atau jaundice, hepatitis A atau B.
Penyakit hepatitis banyak menyerang penduduk dunia ketiga atau negara-negara miskin seperti India, Pakistan, Kemboja, Filipina, Amerika Latin, Afrika dan lain-lain. Selain dari negara tersebut, Malaysia, Indonesia, Thailand juga merupakan negara-negara yang agak banyak menghadapi masalah hepatitis.
. Dinegara kita penyakit ini boleh dikatakan endemik dan menyerang semua golongan manusia tidak kira peringkat umur.
Penyakit ini boleh bersifat kronik dan 5-10 % mereka yang dijangkiti virus ini akan menjadi pembawa penyakit tanpa disedari.

Demam Kuning dikalangan bayi

Lazimnya penyakit ini menyerang bayi yang baru lahir. Boleh dikatakan hampir 60 hingga 70 % bayi-bayi yang baru lahir mengalami penyakit kuning ini. Ini disebabkan oleh sifat semulajadi bayi yang baru lahir dimana organ-organ dalaman khususnya hati dan kulit masih belum dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini berpunca daripada penimbunan bilirubin (pigmen hempedu) yang berlebihan dalam darah dan tisu-tisu.
Hyperbilirubinemia ini boleh disebabkan oleh kelainan atau gangguan pembentukan , pengedaran metabolism atau perkumuhan bilirubin. Ini ditandai dengan kekuningan dikulit , selaput mukosa, sklera atau selaput putih mata dan berdalir tubuh seperti air kencing.

Orang-orang China amat gemar memberi anak-anak mereka memakan sejenis tumbuhan yang dinamakan 'pokok dukong anak' bagi mengatasi masalah demam kuning. Sementara orang-orang Arab suka memberi anak-anak mereka dengan minuman susu kambing.
Sementara sistem perubatan homeopati menyediakan berbagai ubat-ubat yang khusus untuk mengubati penyakit demam kuning atau hepatitis.
Diantara ubat homeopati yang sering digunakan didalam kelinik-kelinik kami untuk mengatasi masalah ini ialah: -
Jaundice Kanak-Kanak: 'Aconitum nappelus, Hepar Sulph., Chelidonium, Sulphur., Nux Vomica., Merc. Sol.'
Hepatitis A - untuk Dewasa: 'Chelidonium, China Off., Natrum Muriticum., Natrum Sulph., Podophyllum.'
Hepatitis B - Untuk Dewasa: ' Lycopodium., Beberis Vulgaris., Leptandra., Ars. Alb., Cardus Marianus.'

Jika diberi dengan sukatan yang betul, gejala-gejala demam kuning atau hepatitis dapat disembuhkan dalam tempuh satu hingga 3 bulan dengan menggunakan ubat-ubatan homeopati yang disebutkan diatas.




Hepatitis Jenis A , B atau Alkohol.

Jika Jaundice menyerang bayi-bayi, Hepatitis pula boleh menyerang kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Ada tiga jenis Hepatitis yang boleh menyerang manusia, iaitu Hepatitis Jenis A, Hepatitis Jenis B dan Hepatitis Jenis Alkohol.
Hepatitis Alkohol biasanya menyerang kaki-kaki botol atau orang-orang yang suka meminum arak, sementara hepatitis A menyerang sesiapa sahaja orang yang memakan makanan yang tidak bersih. Kes ini banyak juga terdapat dikalangan pelajar-pelajar, pekerja kilang dan juga orang awam. Namun Hepatitis Jenis Alkohol atau Hepatitis A boleh dikatakan amat mudah disembuhkan jika mendapat rawatan segera dari doktor.

Diantara ketiga jenis Hepatitis tersebut, Hepatitis B merupakan salah satu jenis radangan hati yang paling ditakuti dan paling sukar dihapuskan. Hepartitis B ini boleh dikatakan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja tanpa disedari.
Oleh itu jika anda mempunyai gejala-gejala kekuning-kuningan dimana-mana bahagian badan terutama di bahagian kulit, mata, kuku, tapak tangan atau air kencing anda sedikit warna kuning. Elok sangatlah membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan, apakah anda seorang pengidap Hepatitis atau tidak.

Hepatitis B ialah sejenis virus DNA yang boleh berjangkit dari seorang pembawa kepada orang yang sihat melalui darah, sentuhan kulit yang luka, cairan badan, air liur ( melalui ciuman ), semen atau mani boleh juga menjadi sumber jangkitan.

Pada peringkat awal gejala penyakit ini , khususnya Hepatitis B tidak begitu kelihatan, tetapi selepas 5 bulan pesakit mungkin mengalami sakit-sakit di abdomen, rasa mual, kadang-kadang tak lalu makan, lemah bdan,, muntah-muntah, sakit sendi, gatal-gatal kulit. Pesakit mungkin mengalami demam ringan atau demam senyit ( demam dan tidak) berselang. Air kencing berwarna kekuningan hingga ke warna kuning pekat.

Jika virus Hepatitis B tidak dikawal atau dihapuskan, ia boleh merusakkan seluruh hati sehingga membawa maut.

Kontravesi Penyembuhan Hepatitis

Ramai dikalangan ahli-ahli perubatan menyatakan bahawa Hepatitis tidak dapat disembuhkan dan hanya maut menunggu mereka. Namun pakar-pakar perubatan homeopati mempunyai pandangan yang amat berbeza, mereka berpendapat Hepatitis Alkohol, A atau B, dapat disembuhkan dengan rangkaian ubat-ubat homeopati yang khusus untuk gejala-gejala yang mempunyai similimum.


Oleh itu, saya ingin memberi harapan kepada pensakit-pesakit Hepatitis A atau B yang selama ini menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai harapan untuk hidup lama, saya ingin memberi keyakinan bahawa harapan mereka untuk hidup masih lagi ada melalui rangkaian ubat-ubat homeopati yang disediakan.

Jika anda ingin keteragan lanjut mengenai kaedah perubatan atau kursus-kursusu homeopati ,anda bolehlah menghubungi hotline kami atau unti pendidikan kesihatan dan penerangan Fakulti Homeopati Malaysia Tel: 03 4042 2020 atau 019 9444420

No comments: