Thursday, June 16, 2011

Dr Nik Omar, Perjuang Homeopathy di Malaysia

Pada awal tahun 1960-an, tidak ramai orang Melayu mahupun masyarakat di Tanah Melayu yang mengenali apakah itu sistem perubatan homeopati.


Walaupun yang tahu hanyalah segelintir ahli keluarga atau sahabat-sahabat Allayarham Ustaz Burhanuddin Helmy yang memperkenalkan sistem perubatan ini dikalangan sahabat handainya di Malaya.


Setelah Ustaz Burhanuddin meninggal, homeopati tidak lagi begitu dikenali sehinggalah munculnya seorang lagi anak Melayu yang sanggup meninggalkan tanah air, semata-mata untuk menuntut ilmu perubatan homeopati di Pakistan.


Pada awal tahun 1970 seorang anak muda darti Kelantan yang bernama Nik Omar bin Nik Daud telah meninggalkan tanah air untuk menimba ilmu perubatan homeopati ini di Pakistan Homeopathic Medical College and Homeopathic Trust Hospital, di Lahore, Pakistan.


Sebaik tamat pengajian kedoktoran homeopati pada tahun 1975 Dr Nik Omar, tidak pulang ke Tanah Air malah terus melanjutkan pendidikannya ke London Foot Hospital, Universiti Kolej London, UK.

Pada tahun 1977 beliau kembali ke tanah air dan memulakan kerjayanya yang pertama dalam jurusan perubatan altenatif iaitu homeopati.


Pada tahun 1979 beliau mendirikan sebuah kolej perubatan homeopati, Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia (rujuk http://www.homeopathymalaysia.org.my


Pada tahun 1980 beliau menubuhkan unit Pasukan Sukarelawan Homeopati Malaysia dan pada tahun 1984 beliau menubuhkan Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia.


Dari tahun 1977 hingga 2000 banyak perkembangan dalam sistem pendidikan homeopati dan perubatan homeopati telah dilakukan oleh beliau. Dalam perkembangan ini beliau telah banyak melakukan semua aktibiti kemasyarakatan termasuk khidmat bakti sukarela, memberi ceramah kesihatan di sekolah, maktab, universiti, di Radio dan TV Malaysia dan luar negara.


Beliau juga menulis lebih dari 400 rencana perubatan khusunya dalam jurusan perubatan alternatif homeopati, akupunktur, bekam, perubatan Melayu dan lain-lain.
Selain dari memegang beberapa jawatan penting dalam homeopathy beliau juga merupakan
1. Pengerusi fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia sejak tahun 1979 hingga sekarang
2. Presiden pesatuan pengamal perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia - MRHP dari tahun 1984 hingga sekarang.
3. Vice President Asian Homeopathic Medical league [AHML] sejak tahun 1989 hingga sekarang
4. Vice President International Homeopathic Medical league hingga sekarang.
5. Advisor World Acupuncture Society hingga sekarang.


( Rujuk http://charitymedic.tripod.com/


Selain dari itu lebih dari 32 seminar, kongres dan konferen baik peringkat nasional dan antarabangsa telah diadakan di Malaysia. Kemuncak kejayaan beliau ialah dinama melalui Fakulti Perubatan Homeopathi Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy, telah dapat mendirikan campus tetap 'komplek perubatan alternatif' homeopati dan akupunktur di gelang Mas pada tahun 2000.


Dr Nik Omar merupakan seorang pejuang homeopati di Malaysia dan kini beliau bukan sahaja mempunyai kelinik nya di Kelantan, amlah kliniknya juga terdapat di Bangi, Kuala Lumpur dan Damansara, PJ.

No comments: